MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK
Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.
Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering
dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka
juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan
komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu
kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana
tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian
mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang
ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang
sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input)
tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa
kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh
anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang,
memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan)
kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa
sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah
tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si
anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian
dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah
tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh
itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut
kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan
perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah
dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat
penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari
nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan
terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama
tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang
dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung
dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat
sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah
puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih
mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak
perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang
sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana
sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan
tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way
to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh
expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia
berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan
kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah
dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun
tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality
Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak
ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya,
bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau
bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan
suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang
sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia
mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga
dia letih.
Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit
kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti
menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia
mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama
sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah
(gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin
kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan
padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari
ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai
perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan
sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan
perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati
kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah
memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak
dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali
tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat
demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak
tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan
selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya
‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’.
Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut
‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif
seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil
imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan
berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat
Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk
memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah
apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Semoga
tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya.
Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.
Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba
dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup
dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan,
disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan
mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada
tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan
anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.
mari kita renung2kan...
No comments:
Post a Comment