~~InFo IbU & ABi~~
Tuesday, March 26, 2013
Monday, March 4, 2013
LUKA BERSALIN:
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
- Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
- Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
- Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Thursday, January 10, 2013
Adab Ketika Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam
Entri ini khas buat anda yang bakal
melahirkan anak, saya kongsikan adab-adab yang disunatkan dalam Islam
ketika menyambut kelahiran bayi :
1. Melakukan sujud syukur
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana
sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak
keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih,
takbir dan tahmid).
2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab
ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir.
Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan
tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub
pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran
bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan
azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu
bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.
3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.
4. Sunat memberi ucapan tahniah
kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam
kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan
kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain
mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka.
Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah
tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.
5. Tanam uri dengan segera kerana
ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut
tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang
membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus
dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul
dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang.
Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada
amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi
nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.
6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
7. Sunat melakukan tahnik
atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma
dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan
memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah
yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang
tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh
dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih
utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi
menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa
untuk anaknya”.
8. Sunat membuat aqiqah yang
bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu,
kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran
bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah.
Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya
mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak
mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan
sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.
9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.
10. Mengkhatankan anak. Hadis
daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih
kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh.
Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit
dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu
kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi
sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi
perempuan.
Sumber http://www.ciklaili.com/2011/12/adab-ketika-menyambut-kelahiran-bayi.html#ixzz2HZ25YKaS
Checklist Barang Keperluan Bersalin Ibu Dan Bayi Semasa Di Hospital
Bagi anda yang sedang menunggu
kelahiran cahaya mata, pastinya persediaan untuk menyambut orang baru
sudahpun mula dibeli. Di sini, saya ingin kongsikan checklist barang keperluan bersalin untuk ibu dan bayi semasa di hospital sebagai panduan anda.
Keperluan Di Kaunter Pendaftaran
1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan
Elakkan membawa barang kemas. Jika terbawa bersama, anda dinasihatkan supaya menanggalkan semua barang kemas dan beri kepada suami atau keluarga untuk disimpan. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda di dalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu di dalam dewan bedah.
Contoh barang keperluan ibu (sumber google) |
Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian Ibu
1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan di depan
(memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih
2. Stoking (2 pasang atau lebih)
3. Kain Batik
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin
5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen
Nota : Bagi yang bersalin dihospital swasta, set mandian ini mungkin tidak diperlukan kerana biasanya ia disediakan dan telah dimasukkan di dalam pakej bersalin
6. Ubat bersalin / set bersalin - Panduan Memilih Set Bersalin
7. Tisu
8. Selipar
9. Pad / Tuala Wanita
10. Seluar Dalam
10. Seluar Dalam
11. Nursing bra / bra menyusu
12. Baju sejuk (sweater)
Barang-barang lain
Barang-barang lain
1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
3. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lens)
2. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
3. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lens)
4. Al-Quran (bagi orang Muslim)
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu
menunggu saat melahirkan
menunggu saat melahirkan
6. Termos air panas
7. Minuman segera seperti Milo 3 in
1, nestum, horlick dll. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh
digunakan untuk mengalas perut sewaktu di hospital
8. Minyak angin
Contoh barang keperluan bayi (sumber google) |
Barang-barang keperluan bayi
1. Baju bayi – 2 pasang atau lebih
2. Barut
3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi
4. Pampers / lampin pakai buang / cloth diaper
5. Bedung / kain napkin
6. Barang mandian bayi
7. Tuala
2. Barut
3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi
4. Pampers / lampin pakai buang / cloth diaper
5. Bedung / kain napkin
6. Barang mandian bayi
7. Tuala
8. Tisu lembap / wet tissue
9. Krim untuk mencegah ruam lampin
10. Minyak telon (disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut)
11. Bedak / losyen
10. Minyak telon (disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut)
11. Bedak / losyen
Sumber http://www.ciklaili.com/2011/08/checklist-barang-keperluan-bersalin-ibu.html#ixzz2HYw5Kgli
Makanan Semasa Dalam Pantang Bersalin
Semasa tempoh pantang bersalin, ada beberapa makanan yang tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu. Di sini, saya ingin kongsikan maklumat tentang makanan yang boleh dimakan semasa dalam pantang :
* Nasi, bubur nasi, sphagetti, makaroni dan pasta.
* Sayur-sayuran seperti bawang
(bawang besar, bawang merah dan bawang putih), halia, lengkuas, ulaman
pegaga, brokoli, lobak, sawi dan serai.
* Ikan seperti ikan merah, tenggiri, haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kerapu, siakap, kod, bawal putih dan senangin.
* Makanan bijirin seperti oats,
empingan jagung, beras merah & perang, kekacang soya (tauhu, tempe
& tofu), badam, walnut, gajus, roti putih, roti
wholemeal/wholegrains, roti canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.
* Buah-buahan seperti epal merah, oren, limau, kurma, buah zaitun, buah tin, delima, aprikot dan strawberri.
* Minuman seperti susu, soya, horlicks dan milo.
Untuk mendapatkan Resepi Makanan Dalam Pantang, sila click sini.
Anda juga boleh mendapatkan buku resepi Kompilasi Hidangan Berpantang di eMall Bookstore.
* Minuman seperti susu, soya, horlicks dan milo.
Untuk mendapatkan Resepi Makanan Dalam Pantang, sila click sini.
Anda juga boleh mendapatkan buku resepi Kompilasi Hidangan Berpantang di eMall Bookstore.
Sumber http://www.ciklaili.com/2012/01/makanan-semasa-dalam-pantang-bersalin.html#ixzz2HYDuZCkr
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook
Perkembangan Bayi Dari 1 hingga 40 Minggu Kehamilan
Entri ini adalah sambungan entri Kalkulator Ovulasi dan Kalkulator Tarikh Bersalin.
Bagi anda yang sudahpun disahkan mengandung, pasti teruja untuk
mengetahui bagaimanakah perkembangan bayi di dalam kandungan.
Di sini saya kongsikan maklumat
tentang perkembangan bayi serta diri anda sepanjang tempoh kehamilan untuk lebih memahami apa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Minggu 1
Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Minggu 2
Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung dan
membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya
akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh
pada endometrium.
Minggu 3
Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan,
saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga
lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu 4
Bayi Anda
Bentuk asas seorang manusia mula
bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan
kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya
mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan
darah daripada jantung).
Minggu 5
Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio
yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses
perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi
akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.
Tubuh anda
Haid anda tidak datang. Minggu ini
merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing
yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.
Minggu 6
Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan
mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio
dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran
darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan
pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness,
bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit
anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi
bertompok-tompok dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang
hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala
kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang,
usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun
pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada
dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga
turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat
secukupnya.
Minggu 8
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang
hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala
kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang,
usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun
pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada
dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga
turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
Minggu 9
Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang,
malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan
tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.
Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda
digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang
dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis
disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada
kebersihan gigi.
Minggu 10
Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas
kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari
yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari
normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya
pula 5 g.
Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam
tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas
daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan
fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan
saiz baru anda.
Minggu 11
Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ
kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami
akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon
selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan
tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm
dan panjangnya pula 5.5 sm.
Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang
dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu
mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika
berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah
bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.
Minggu 12
Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110
hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia
sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan
jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya.
Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik
seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti
setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula
20 gm.
Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah
kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu
ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih
bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan
pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang
baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.
Minggu 13
Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya
pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada
tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan
untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi
dengan baik setelah dia lahir nanti.
Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian
membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda
“buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna
bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu
dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ
bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini
semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan
kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini
berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.
Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam
badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen.
Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah
jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah
untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada
pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga
berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling
sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.
Minggu 15
Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat
berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada
kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu
matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah
boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda
selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda
sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.
Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh
mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut
halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan.
Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound
dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135
gm.
Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa
lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah.
Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan
tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang
sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai
linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda
melahirkan.
Minggu 17
Bayi Anda
Anggota badan bayi dalam kandungan
anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula
dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan
kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.
Tubuh anda
Pinggang ramping anda kini sudah
menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin
membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian
tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi
berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan
risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.
Minggu 18
Bayi Anda
Kulit bayi anda ketika ini masih
lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat
aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian
daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba
bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga.
Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.
Tubuh anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat
rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin
mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil,
membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran
udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin
bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan
beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada
pertambahan berat badan.
Minggu 19
Bayi Anda
Sama seperti anda, janin dalam
kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai
terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan
gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan
beratnya kira-kira 285 gm.
Tubuh anda
Saat ini berat badan anda semakin
bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan
yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula
kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti
sedia kala setelah anda melahirkan.
Minggu 20
Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih
berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada
cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran
25.5 sm dengan berat 340 gm.
Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar dan
anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat
pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan.
Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya
tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang
asing.
Minggu 21
Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir
setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah
kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada
anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai
dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin
besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.
Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk
melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam
kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru
semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada
masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa
yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.
Minggu 22
Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus
membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi
anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun
gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses
pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen
ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira
410 gm.
Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda
mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar.
Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda
mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala.
Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah
kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan
kesakitan yang dialami tidak berlarutan.
Minggu 23
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin
sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk
sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun
terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke
sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan
apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira
31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.
Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran
bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut.
Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut
kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang
apabila anda berehat.
Minggu 24
Bayi Anda
Bayi anda semakin lasak bergerak.
Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi
anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa.
Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini
berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.
Tubuh anda
Tubuh anda kini mula menambah
beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki
anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan
banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang
sesuai.
Minggu 25
Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus
berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin
keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan
keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan
ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia
boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan
berat sekitar 600 gm.
Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih
berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya
peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah
punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan
pedih ulu hati semakin kerap berlaku.
Minggu 26
Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus
kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah
kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan
sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan
berat 700 gm.
Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar,
tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa
semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini
cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk
berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan
perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 27
Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.
Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.
Minggu 28
Bayi Anda
Pada usia ini, bayi sudah cukup
sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia
ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini
berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900
gm.
Tubuh anda
Payu dara anda mungkin sudah
mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa
tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada
coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda
akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan.
Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil
akan diberikan.
Minggu 29
Bayi Anda
Bayi semakin membesar dan memenuhi
ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan.
Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus
tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi
kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.
Tubuh anda
Anda akan berasa dengan kerap
pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan.
Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau
berbaring.
Minggu 30
Bayi Anda
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan
keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg
dan panjangnya lebih kurang 39 sm.
Tubuh anda
Anda akan cepat rasa letih kerana
perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat
lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu
malam juga mungkin akan terganggu.
Minggu 31
Bayi Anda
Fizikal bayi lengkap sepenuhnya
kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian
otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin
laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan
cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia
akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg
dan tingginya pula 40 sm.
Tubuh anda
Sesak nafas atau termengah-mengah
akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi
banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk
bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
Minggu 32
Bayi Anda
Bayi semakin aktif bergerak. Dia
akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi
berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap
berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat
badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.
Tubuh anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi Anda
Jari jemari mulai terbentuk dengan
sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula
berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8
kg.
Tubuh anda
Kenaikan berat badan kini tidak
terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang
1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan
dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi Anda
Berat badannya semakin bertambah.
Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah
cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya
janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat
badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah
43 sm.
Tubuh anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.
Minggu 35
Bayi Anda
Bayi masih lagi membesar dan
memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana
ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan
panjangnya 44.5 sm.
Tubuh anda
Banyakkan berbincang tentang emosi
dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau
sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam
masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut
kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula
sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda
ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini
semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan
betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan
panjang 46 sm.
Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa.
Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi
dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap
minggu mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai
berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone
yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala
panjang 47 sm.
Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada
minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin.
Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses
kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda
menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.
Minggu 38
Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi.
Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai
memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya.
Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan
panjangnya pula 48 sm.
Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri.
Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi
ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut
nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini
supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di
bilik bersalin.
Minggu 39
Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.
Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit
kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa
sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke
hospital.
Minggu 40
Dia seharusnya sudah berada di dalam
dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama
ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.
Sumber http://www.ciklaili.com/2011/05/perkembangan-bayi-dari-1-hingga-40.html#ixzz2HYCma7FC
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @ciklaili on Twitter | ciklailidotcom on Facebook
15 Kesilapan ibu bapa mendidik anak
Mendidik
anak bukanlah satu perkara yang mudah. Anak ibarat kain putih dan ibu
bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan kain putih itu. Tapi sedarkah
kita terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam
mendidik anak-anak. Antaranya :
1. Kurang berdoa untuk kejayaan, keselamatan dan perkara yang baik untuk anak.
2. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
3. Menakutkan anak-anak dengan perkara yang tidak pasti.
4. Memberi didikan yang tidak seimbang antara rohani, jasmani dan sahsiah.
1. Kurang berdoa untuk kejayaan, keselamatan dan perkara yang baik untuk anak.
2. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
3. Menakutkan anak-anak dengan perkara yang tidak pasti.
4. Memberi didikan yang tidak seimbang antara rohani, jasmani dan sahsiah.
5. Menegur anak secara tidak berhikmah.
6. Penampilan diri yang kurang kemas di rumah.
7. Tidak memberi sentuhan kepada anak-anak.
8. Tidak menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam dan sembahyang berjemaah.
9. Membiasakan keadaan rumah yang tidak kemas.
10. Bertengkar atau berselisih faham di depan anak-anak.
11. Tidak mengajar anak cara hidup Islam yang sebenar.
12. Terlalu bergantung kepada orang lain untuk mendidik anak-anak.
13. Membenarkan anak berkawan dengan orang yang tidak elok budi pekertinya.
14. Tidak mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton oleh anak-anak.
15. Tidak menggunakan rotan dalam mendidik anak-anak.
6. Penampilan diri yang kurang kemas di rumah.
7. Tidak memberi sentuhan kepada anak-anak.
8. Tidak menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam dan sembahyang berjemaah.
9. Membiasakan keadaan rumah yang tidak kemas.
10. Bertengkar atau berselisih faham di depan anak-anak.
11. Tidak mengajar anak cara hidup Islam yang sebenar.
12. Terlalu bergantung kepada orang lain untuk mendidik anak-anak.
13. Membenarkan anak berkawan dengan orang yang tidak elok budi pekertinya.
14. Tidak mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton oleh anak-anak.
15. Tidak menggunakan rotan dalam mendidik anak-anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)