Thursday, January 10, 2013

Kehamilan Minggu Demi Minggu

kehamilan minggu demi minggu utk baby 1st ibu...

Tarikh Bersalin15/8/2013
Persenyawaan22/11/2012
Ujian Kehamilan6/12/2012 Degupan Jantung Yang Pertama20/12/2012
Gerakan Pertama14/3/2013 Kebolehhidupan25/4/2013
Minggu 115/11/2012 Minggu 2211/4/2013
Minggu 222/11/2012 Minggu 2318/4/2013
Minggu 329/11/2012 Minggu 2425/4/2013
Minggu 46/12/2012 Minggu 252/5/2013
Minggu 513/12/2012 Minggu 269/5/2013
Minggu 620/12/2012 Minggu 2716/5/2013
Minggu 727/12/2012 Minggu 2823/5/2013
Minggu 83/1/2013 Minggu 2930/5/2013
Minggu 910/1/2013 Minggu 306/6/2013
Minggu 1017/1/2013 Minggu 3113/6/2013
Minggu 1124/1/2013 Minggu 3220/6/2013
Minggu 1231/1/2013 Minggu 3327/6/2013
Minggu 137/2/2013 Minggu 344/7/2013
Minggu 1414/2/2013 Minggu 3511/7/2013
Minggu 1521/2/2013 Minggu 3618/7/2013
Minggu 1628/2/2013 Minggu 3725/7/2013
Minggu 177/3/2013 Minggu 381/8/2013
Minggu 1814/3/2013 Minggu 398/8/2013
Minggu 1921/3/2013 Minggu 4015/8/2013

Tuesday, January 8, 2013

10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan


1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

Monday, January 7, 2013

Week 8: Fingers-n-toes OH MY!

Fetal development in pregnancy week 8

~length
1 in | 2.5 cm
~weight
0.05 oz | 1.5 g
Woohoo! You've got one whole inch of baby inside of you!
Your little embryo has finally reached the one-inch mark (30mm)!
What's more, your baby is finally starting to take on some very distinct human features. For starters, their little tail (really just the spinal cord) has disappeared completely.
It's nice to know your baby can no longer be mistaken for a sea creature! Additionally, both their toes and fingers are prominent with very little, if any, webbing. Upper and lower limbs all show recognizable joints (elbows and knees) and the lower limb bones are starting to ossify.
Still, don't expect your baby to resemble either parent quite yet - that is unless you look like a bobble-headed alien.
Right now, your tiny baby's head is disproportionately larger than the rest of their body and makes up almost half of their height and weight!

Saturday, January 5, 2013

# 7 SEBAB SUAMI BENCI ISTERI #


1) Isteri yang suka mencabar suami: Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

2) Isteri langsung tak tahu malu: Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

3) Isteri yang suka kutuk family suami: Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4) Isteri yang comot

5) Isteri yang kuat cemburu

6) Isteri yang cerewet giler:kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

7) Isteri yang buat kerja cincai: Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....

~USTAZ FADHILAH KAMSAH~

# sekadar ingin berkongsi..semoga jadi manfaat untuk kita semua

KAEDAH SEMULAJADI MEMBANTU MENGURANGKAN RASA SAKIT SEMASA BERSALIN



Ibu digalakkan mencuba kaedah semula jadi untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Antara kaedah tersebut :

1) Senaman pelvic floor yang dilakukan secara berkala semasa hamil

2) Menggunakan teknik kawalan pernafasan

3) Kaedah urutan dan mengubah posisi tubuh supaya ibu mengiring ke kanan atau ke kiri

4) Berjalan-jalan dan melakukan pergerakan semasa di peringkat permulaan sakit bersalin

5) Berfikiran positif dan yakin untuk memulakan penyusuan susu ibu

6) Membayangkan sesuatu yang positif seperti menyusui bayinya

Wednesday, January 2, 2013

Tip Elak Bengkak Susu

  • Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
  • Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
  • Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
  • Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
  • Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

♥ Tanda-tanda fibroid ♥

  1. Aliran haid yang banyak disebabkan luas pemukaan yang besar, pertambahan saluran darah dan kelemahan sistem pembekuan darah.
  2. Ketidakselesaan di bahagian pelvik adalah disebabkan tekanan terhadap uterus disebabkan oleh fibroid yang sedang membesar.
  3. Berasa senak di bahagian bawah abdomen atau kadang kala dipanggil tekanan pelvik.
  4. Sakit di bahagian bawah belakang disebabkan oleh tekanan di bahagian belakang yang disebabkan oleh fibroid.
  5. Kerap keguguran disebabkan kesukaran embrio untuk menempel dan pengecutan uterus.
  6. Bersalin lebih awal dari jangkaan kerana fibroid menolak kandungan ke bawah.
  7. Kerap membuang air kecil kerana fibroid menekan pundi kencing.
  8. Sakit ketika melakukan hubungan seks..