10 Fakta Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan
1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan
air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk
melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh
menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara
sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia
mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri,
berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam
kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan
menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika
usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem
pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau
denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi
reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan
tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar
usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan
mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7
bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan
sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya
juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik
sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang
dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan
mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya
akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di
sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.
No comments:
Post a Comment