Petua Melatih Anak Untuk Bangun Awal Pagi
1. Ibu bapa perlu menjadi contoh atau model asas dengan bangun pagi
lebih awal daripada anak-anak. Sebenarnya, menjadi kelaziman ibu bapa
melatih anak-anak untuk menjadikan bangun awal pagi itu satu rutin.
Contohnya bagi yang beragama Islam bangun awal pagi adalah penting
sebagai persediaan untuk menunaikan solat Subuh.
2. Latih
anak-anak bangun pagi sekurang-kurangnya sebulan sebelum musim
persekolahan dibuka. Ini mendorong anak-anak bersedia dari segi mental
dan fizikal bahawa aktiviti bangun awal pagi akan menjadi perkara yang
biasa mereka lalui.
3. Manfaatkan waktu beriadah untuk melatih
anak-anak bangun pagi. Contohnya lakukan senaman pagi, berjoging dan
bermain bersama keluarga sebagai persiapan melakukan aktiviti.
4. Dalam tempoh cuti persekolahan, eloklah anda semaikan cerita-cerita
menarik dan hebat tentang alam persekolahan. Maklumat yang anda baja
sejak dari awal lagi ini akan hidup subur dan mekar di minda anak anda.
Mereka akan rasa tidak sabar ingin tahu dan mengalami sendiri suasana
hebat di alam persekolahan seperti yang anda ceritakan itu.
5.
Latih anak anda untuk masuk tidur lebih awal sekitar jam 10.00 malam dan
bangun sekitar jam 6.00 pagi Ini bagi memastikan anak anda mendapat
masa tidur yang mencukupi, minimum 8 jam sehari supaya dia dapat bangun
dalam keadaan segar.
6. Latihan untuk bangun awal boleh dilakukan apabila ibu bapa bersama-sama terlibat untuk tidur dan bangun awal.
7. Cubalah penuhi keperluan pemakanan anak anda dengan memastikan
anak-anak diberi pemakanan yang sihat sama ada sebelum pergi ke sekolah,
bekalan makanan pada waktu rehat dan sepanjang hari. Diet sihat adalah
antara elemen yang paling penting diberi keutamaan. Tubuh yang sihat
akan membuatkan anak sentiasa cergas untuk melakukan aktiviti sejak dari
awal pagi.
8. Lakukan sebarang aktiviti untuk melatih anak
bangun pagi dengan secara yakin dan berterusan. Ibu bapa boleh memberi
ganjaran, jika anak bangun awal, ganjaran ini dilakukan hanya selepas
kanak-kanak itu berjaya melakukan.
No comments:
Post a Comment