- Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
- Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
- Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
- Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
- Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
- Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
- Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
- Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
- Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
- Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
- Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
- Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
- Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
- Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
- Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
- Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
- Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
- Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
- Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
- Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
- Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
- Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.
Tuesday, January 1, 2013
Persiapan Spiritual
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment