Wednesday, January 2, 2013

TipS uTk IbU MenYuSu

Untuk ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, anda seharusnya:

1. Tidak merokok atau berhenti merokok dan jauhkan diri daripada perokok di kawasan sekeliling anda.

2. Elak minuman beralkohol.

3. Hindari penggunaan racun serangga di rumah, laman atau sewaktu mengendalikan haiwan peliharaan.

4. Jauhi pendedahan kepada bahan-bahan seperti cat, gam bukan berasaskan air, asap petrol, minyak wangi dan pengilat kuku.

5. Elakkan pakaian yang perlu dicuci kering.

6. Makan makanan seimbang yang rendah lemak haiwan dan tinggi lemak produk tenusu.

7. Jika mampu, amalkan makanan yang ditanam secara organik.

8. Hindari makanan yang mengandungi tahap merkuri tinggi seperti tuna. (Untuk keterangan lanjut layari web, www.nrdc.org/health/effects/mercury/index.asp.)

Penyerapan toksin amat mudah sekali melanda generasi muda. Memandangkan sistem nyah toksin bayi masih belum matang, jadi andalah yang sepatutnya memainkan peranan. Anda adalah tunggak utama pertahanan kesihatan bayi. Jadi, anda perlu mula mengamalkan pemakanan semula jadi!

via: http://omgitsninaa.blogspot.com/2012/12/sihat-cantik-cerdik-dengan-walit-gold.html

No comments:

Post a Comment